hidup mati hanya untuk MU

hidup mati hanya untuk MU

Wednesday, December 28, 2011

ujian kesabaran

ujian kesabaran bagai tiada henti
sentiasa ada insan-insan tampil menguji
penuh dengan hipokrasi
sesetengahnya dipenuhi benci
keikhlasan hati habis mati

entah pada siapa boleh dipercaya
rasa seakan mereka bertopeng di muka
bagai melakon pelbagai watak cerita
bertukar silih ganti karakter

kenapa agaknya??
adakah rezki mereka tiada barakah?
adakah rumahtangga mereka tiada bahagia?
apakah mereka merasa tidak pernah cukup berada?
apa yang diperlukan mereka dari aku?

Saturday, December 17, 2011

Di Rumah

lebih gemar di rumah
lebih tenang bersendirian
tiada lagi kegembiraan di luar
tidak jumpa keghairahan di sana

telah ketemu kebahagian di hati
yang penting sayangi diri
paling utama yang SATU dicintai
ALHAMDULILLAH.

Saturday, October 15, 2011

Kamu

Kamu mungkin satu ujian
kamu mungkin juga satu jawapan

ujian dari yang SATU
ujian menguji keteguhan hati
ujian menilai cinta sejati

jawapan dari yang ESA
jawapan atas doa makan zaman
jawapan atas penantian yang panjang

hati perlu siap siaga
jiwa perlu kebal dan kental
raga perlu dengan perisai tabah

Apa pun jua yang mendatang
bagaimana pun jua kesudahan
di mana pun jua pengakhiran
bila pun jua titik penantian

aku tetap di sini
tetap setia menanti
mengasah dan mengasuh hati
mendidik diri
YAKIN DENGAN KETENTUAN ILAHI.

Thursday, September 8, 2011

lebih rela...

lebih rela berdiam diri
dari bicara menggambar rasa
kerna pasti bicara itu akan di salah erti

lebih rela menjeruk rasa
dari memapar rasa di riak muka
kerna pasti rasa itu akan penuh emosi

lebih rela menanam buah sabar
dari luahan kata menggila
kerna pasti mereka tidak akan pernah memahami

lebih rela dipandang hina
dari pujaan dan pujian semata
kerna pasti itu semua melekakan diri sendiri

lebih rela berterusan begini
dari dulu hingga akhirnya masa
kerna pasti tidak lagi diketawa sesuka hati

lebih rela di uji Ilahi begini
dari istidraj senang dan bahagia
kerna pasti ia hanya sementara menunggu jemputan kembali....

Sunday, August 7, 2011

bicara hati zeeny: Siapa kamu?

bicara hati zeeny: Siapa kamu?: "Siapa kamu yang cuba mengoyak kentalnya hatiku siapa kamu-kamu itu entah dari mana munculnya cuba dan mencuba membuka ketatnya pintu hatiku..."

Siapa kamu?

Siapa kamu
yang cuba mengoyak kentalnya hati

Siapa kamu-kamu itu
entah dari mana munculnya
cuba dan mencuba membuka ketatnya pintu hati

Siapakah kamu-kamu itu
datang dan pergi sesuka hati
seolah hati ini tampaknya rapuh
seolah nilaian nampak bagai dilelong

Siapakah gerangan kamu-kamu itu
bersilih ganti saban waktu
yang terkadang hanya menjentik hati
seringkali pula begitu berusaha mencalari
tanpa jemu menyapa dan sesekali menyergahi
dengan penat lelahmu tak berkesudahan
begitu jitu merobek dan merabak hati nan satu

Siapa kamu?
Siapa kamu?
Siapa kamu?
kamu hanya hambaNYA
jika kamu sedar itu
kamu tidak akan tega
berbuat sebegitu
pada aku yang juga hambaNYA
kerana kita semua ini
hanya kerdil disisiNYA.

Siapa kamu yang telah melupai janji asalmu
dengan sang PENCIPTA YANG SATU itu.

KINI

Kini
hari-hari dilalui
tenang dan damai
menangkupi gelisah hati
kusyukuri ...

semakin hari
semakin ku yakini
perjalanan ini
pasti direncanai
oleh Ilahi
sejak dari azali.

Selepas ini
hanya yang terindah kumiliki
hanya dengan keyakinan dihati
kira segalanya diredhai
penuh dan harap dari ILAHI.

Senyum dan senyuman kini
yang singgah pada hari-hari yang dilalui
Astaghfirullahalazim...

Friday, April 8, 2011

Dunia Baru

Dunia baru ini,
memberi seribu ketenangan dan kebahagian
tenang melalui kekalutan pentas dunia lama
bahagia dengan merasai cinta baru yang setia.

Aku masih berseorangan di dunia baruku ini
berkelana memulakan langkah-langkah kecil
aku masih lagi mencari-cari arah
masih berusaha mencari tempat berteduh.

(keseorangan hanya pada mata kasar
namun sebenarnya sudah ada Peneman yang setia
Peneman yang tidak akan pernah meninngalkan ku
Peneman yang mendengar semua keluh kesahku
Peneman yang akan selalu menghulurkan kekuatan padaku)

Aku masih berharap dengan sepenuh keyakinan
moga aku akan menemui pembimbing sebenar
yang akan bersama-sama meneruskan perjuangan
kerana sesungguhnya perjuangan di dunia yang baru
juga menuntut sebuah jiwa dan iman yang kental.

Friday, April 1, 2011

memagar rasa

bermula pada suatu ramadhan
ramadhan yang penuh keberkatan
ramadhan yang dikurnia kerahmatan
ramadhan yang di beri pengampunan.

rasa kecintaan pada yang satu
membuak kerinduan yang tiada terbendung
menyebut nama sahaja mengundang air mata
menahan dan menyeka dari tertumpah.

sungguh sukar mencari makna
amat payah memberi istilah
bagai tersekat menafsir cerita
umpama berjuang memagar rasa

ke"hadir"an

mempercayai ke"ada"an tidak samasekali sama dengan merasai ke"hadir"an.

pada malam-malam terakhir ramadhan
menunggu dan mencari satu malam keramat
memohon penuh keinsafan satu pengampunan
memanjangkan doa-doa semoga dimakbulkan.

penyerahan sebuah jiwa berdosa
penyucian satu raga yang penuh noda
pengabdian diri agar diterima semula
pengharapan yang jitu kepada yang Ada

ALHAMDULILLAH,
tidak terbanding satu rasa bahagia
syukuri kurniaan nikmat dariNya
tiada yang lebih bermakna
pada saat doa diterima
pada ketika merasai ke"hadir"an dijiwa.

Walau hanya beberapa ketika
mungkin juga beberapa saat cuma
malah ia bagai sekelip mata
namun, kebesaran terbukti jua.

satu malam keramat ketika melepasi dua pertiga
saat itu keajaiban menjadi nyata
seumpama ke"hadir"an muncul di depan mata
seolah terbalas doa sepanjang usia.

sesungguhnya rasa ke"hadir"an itu
masih dinanti masih dirindui...

Tuesday, March 1, 2011

Bicara sebuah janji dusta

Jangan menabur janji
jika tidak mampu laksana
Jangan juga memberi janji
jika hatimu tidak sesuci mana.

Mungkin bagimu,
ia hanya kata-kata,
hanya penutup bicara dan senda semata
mungkin jua bagimu ia hanya khilaf sebuah rasa.

Tapi bagi diriku,
sebenarnya ia jauh berbeza
penuh makna bagai jelas di depan mata
bagai ia sebuah harapan dari rasa yang sama.

Aku ini punya hati penuh percaya
percaya dengan madah bicara dan lembutnya kata
percaya seolah-olah kamu seorang manusia tiada dosa
percaya kamu bagai anugerah dari yang kuasa.

Hari-hari menunggu dengan setia
menidakkan hati sendiri yang selalu berbicara
menasihati diri usah terbuai dengan kata-kata dusta
ternyata akhirnya benar bagai di rasa
penantian itu sememangnya kosong belaka.

Kini hati berpatah rasa
Menjadi tabah dengan kental sebuah jiwa
Memang kamu dan hatimu bukan siapa-siapa
Malah tidak layak singgah untuk bertakhta.

Terima kasih Tuhanku atas segala derita
Rupanya ia penyambung kepada doa dan redha.

Friday, February 25, 2011

aku orang biasa-biasa

aku orang biasa-biasa...
biasa-biasa di dunia
dan semoga luar biasa di sana...di jannah.
INSYAALLAH

Friday, February 18, 2011

Hijrah Hati Zeeny

Ingin sekali berhijrah hati.
Dari hati kosong kepada hati yang penuh.
Dari hati yang kabur kepada hati yang terang.

Ingin sekali menyuci hati.
Menyuci yang kotor menjadi bersih.
Menggilap yang berdebu kembali bersinar.

Ingin sekali hati penuh dengan nama DIA.
Hati yang terus hidup hanya dengan DIA.
Setiap saat, setiap ketika dan setiap nafas di hela.

Saat mata terpejam, rasa hati hanya hadir DIA.
Saat mata terbuka, moga hati nampak hanya DIA.
Setiap langkah maju perlu kerana DIA.
Dan setiap langkah mundur juga semata-mata sebab DIA.

Semoga-moga yang mendatang penuh lindung dari DIA.
Semoga-moga yang terjadi penuh kebaikan milik DIA.
INSYAALLAH.

Senyum sebab bahagia

Aduh...sangat pening dengan bahagia.
Adakalanya marah tapi masih bahagia.
Merajuk berkali-kali hanya kerana bahagia.
Menangis juga acapkali penangan si bahagia.
Ada ketikanya sedih tapi di hati tetap bahagia.
Ada pula masanya geram yang teramat terhadap bahagia.
Tapi, itu semua dulu, suatu ketika dulu, kini telah jauh berbeza.

Walau apa pun yang dilakukan bahagia.
Entah apa jua kerenah si bahagia.
Seribu satu macam alasan yang diberi bahagia.
Apa sekalipun masalah yang ditimbulkan bahagia.
Bagaimana sekalipun tingkah laku dari bahagia.
Aku kini sudah menemui senyuman sebab bahagia.

Saat berjumpa kemudian berbual dengan bahagia.
Sekejap sahaja aku akan terus tersenyum bahagia.
Perasan tak menentu akan terus hilang dan timbul bahagia.
Rasa puas bila mana ilmu dicurahkan sepenuhnya pada bahagia.
Rasa dihargai bila pelbagai persoalan diluahkan oleh bahagia.
Rasa diri melayang-layang bila terima ucapan terima kasih dari bahagia.

Itulah bahagia.
Itulah senyuman hanya sebab bahagia.

SYUKRAN.

Tuesday, February 15, 2011

Saat Jiwa Lelah

Jiwa lelah. Betul-betul lelah. Entah kenapa. Dah macam-macam di cuba. Zikrullah masih belum cukup. Solat malam juga belum cukup. Jauh dari cukup. Mungkin juga penghayatan belum benar-benar sampai di hati.

Jiwa masih lemah. Mungkin juga jiwa yang lama rosak menyebabkan lambat untuk baik. Pulih pun hanya sekejap. Selalunya resah gelisah. Semua tidak kena. Semua tidak bersemangat. Lemah longlai.

Tuhanku, bantulah hamba MU ini. Tolonglah hamba MU ini yang jiwanya kelelahan dan kepayahan. Tiupkan semangat kerohanian Mu ya Tuhanku. Pandanglah hamba MU ini Tuhanku. Lemahnya hamba MU ini tanpa MU. Bantu lah hamba mu ini keluar dari keletihan yang panjang. Kurniakan hamba MU ini semangat juang yang kental melawan nafsu sendiri. Jadikan hamba Mu ini mujahidah sejati.

Sunday, February 13, 2011

Aku perlu lupakan

Aku perlu lupakan untuk hatiku. Aku tidak perlu terbawa-bawa dengan perasaan. Tidak perlu sama-sekali mengikut kata hati. Perlu kalah untuk kemudiannya menang. Tak guna. Tidak perlu. Biar DIA saja yang menentukan yang terbaik buatku.PERLU YAKINI ITU.

...............................Kiranya ini yang terakhir buatmu................................
Adakah ia benar. Adakah ini perancangan yang maha mengetahui. Banyak kebetulannya. Atau...aku yang mencari kesamaan. Dia biasa-biasa sahaja. Tidak lebih tidak juga kurang.Sederhana di dalam banyak hal. Sama seperti ku? (hmmmm...tiba-tiba hati ku tersengih...perasaan kah atau perasan).

Selamat tinggal "singgah hatiku". Terima kasih kerana berjaya membuatkan aku tersenyum sorang-sorang. Kamu tidak perlu singgah lama-lama di kotak hatiku. Tidak perlu juga datang cuba mengetuk pintu hatiku. Jangan juga cuba memberi salam buatku. Cukuplah lalu saja di hadapan. Selepas ini, aku juga tidak akan memandang mu lagi, itu yang terbaik buatku.

Untuk pengetahuan mu. Hati ku ini terlalu rapuh. Selalunya goyah. Jadi sememangnya aku perlu selalu membina tembok batu yang keras dan pejal agar nanti jika aku jatuh, aku tidak akan terus hancur lebur. Kalau boleh retak sedikit pun aku tidak ingin. Akan ku tatang hatiku bagai minyak yang penuh. Aku perlu mencintai hati dan diriku. Lagipun, siapa lagi yang boleh mencintaiku kecuali diri sendiri.
..............................................tamat................................................................

Ya ALLAH cukuplah hanya ENGKAU di hatiku dan bukan yang lain. Mungkin kah ini ujian MU Ya Tuhanku. Menguji keikhlasan hatiku meletakkan hanya ENGKAU di hatiku. Satu ujian buatku adakah kasih sayang manusia juga yang aku pilih berbanding kasih sayang MU. Bisikan-bisikan kelalaian akan selalu singgah di pinggir hati. Ampunkan hambaMU ini Ya Tuhan atas kelalaian ku ini. Beri lah peringatan buatku wahai Tuhan. Aku ini lemah. Perlu peringatan. Perlu juga bimbingan. Astaghfirullahalazim.

Friday, February 11, 2011

Assalamulaikum ya rasululullah

Assalamualaikum Yaa Rasulullah
Salam perkenalan yaa rasul Allah
Pandanglah aku wahai kekasih Allah.

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kiranya aku baru mengenalmu
Kiranya aku mula merinduimu
Kini kutitipkan hati menyayangimu.

Allahumasolli alaa muhammad
Ya robbi solli alaihi wasalim.
Moga KEKASIHMU mengampuni kejahilanku.
Moga KEKASIHMU menambahkan rasa cintaku padamu.

Maafkan umatmu ini ya rasul ku.
Ampuni umatmu ini wahai kekasihku.

Kurniakanlah syafaat mu.
Panggillah aku dekat padamu.
Palingkan hatiku hanya untukmu.
Tiupkan kasih dan sayangku khusus buatmu.

Dengan kasih sayang mu Ya Rasulullah,
Penuhkanlah hatiku ini hanya dengan rindumu.
Masukkan hatiku dengan nama KEKASIHMU,
Hanya dengan itu, KEKASIHMU akan menyayangiku.

Wednesday, February 9, 2011

Kiss the Rain - Yiruma

Ingin sekali meletakkan harapan itu di hati

Ingin sekali meletakkan harapan itu di hati. Tapi, cerita-cerita lepas menyebabkan aku teragak-agak. Takut. Takut sekali jika harapan bersilih ganti dengan kecewa. Dalaman ku tidak sekuat luaran. Aku tidak sekuat disangka.

Sekilas bayangan yang lalu di depan mata sahaja sudah cukup membuatkan aku berminggu-minggu kesedihan. Hidup ku akan kucar-kacir. Perasaan tersekat. Gejolak dari dalam yang aku cuba benamkan sekian lama akan menerobos pintu hati. Keluar membelenggu fikiran. Minda positif akan kalah. Neuron-neuron negatif akan menang. Saat-saat begitu yang aku tidak suka. Begitu sukar untuk aku kembali pulih. Mengambil banyak masa yang sepatutnya boleh di isi dengan produktif. Menuntut banyak kudrat untuk aku bangkit kembali. Saat-saat sebelum pulih seperti itu amat menyeksakan. Amat menyesakkan hati dan fikiran.

Dan pastinya hanya keyakinan jitu pada NYA serta zikurullah akan membantu ku merangkak untuk berjalan kembali. Aku adalah hamba Nya yang terpilih untuk melalui semua itu. Begitu besar rahmat NYA.

Itulah sebabnya aku begitu takut untuk meletakkan rasa itu di tempatnya. Ketidakpastian begitu besar. Ia melebihi keyakinan ku pada diri.

Jadi bagaimana?

Monday, February 7, 2011

BAHAGIA ITU

Bahagia.
Bahagia itu bagaimana sebenarnya?

Bayangan rasa bahagia ku seperti ini.
Umpamakan aku ditengah tasik. Tasik yang tenang.
Di dalam sampan yang tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil.

Melihat ke dalam tasik, sayup kelihatan dasar.
Sejentik jari menyentuh, bergoyang kocakan air.
Kocakan kecil bertali-tali membesar.

Melalui celah-celah pokok yang hanya tinggal batangnya.
Batang-batang yang menonjol keluar menerjah langit biru.
Saujana tasik dengan pokok-pokok tumbuh dari dasar.

Itik-itik sekawanan.
Bangau-bangau putih singgah di muka air.
Sesekali sang ikan muncul di permukaan.

Tiada gangguan.
Hanya bunyi-bunyi merdu beburung.
Merdu itu semerdu zikir yang dilagukan.

Itu bayangan bahagia ku.
Itu saat rasa tenang ku.
Tapi, tasik seperti itu belum kutemui.
Jadi, bahagia hanya masih bayangan.
Bayangan itu tidak pernah aku harapkan.
Namun, membayangkan pun sudah membahagiakan.

CUKUP HANYA TUHAN DI HATI.
ITU BAHAGIA SEBENAR.
MAHA SUCI ALLAH.

Saturday, February 5, 2011

"Misykaat" yang berisi lampu di dalam geluk kaca qandil

"Allah yang menerangi langit dan bumi.

Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat"



"misykaat" yang berisi sebuah lampu;

lampu itu dalam geluk kaca (qandil),

geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang;



Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya,

(iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya

dan bukan sahaja semasa turunnya(tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari);



Hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya)

walaupun ia tidak disentuh api;

(sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda):



Cahaya berlapis cahaya.

Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya

(menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu

dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia

dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

(Surah An-Nur:35)
->retrieved from iluvislam.com

Tika hidayah itu datang

Rasa itu telah lama ada,
jauh di lubuk hati.
Ingin mencari.
Tapi hati yang lemah,KALAH.

Kemanisan itu kini hadir.
Setelah jerih payah panjangnya perjalanan.
Rasa itu muncul di permukaan.
Ingin menetap di situ.
Tapi, bukan calangnya pendakian itu.


Adakah rasa itu sebenar-benarnya kurniaan.
Adakah rasa itu sekadar persinggahan.
Adakah rasa itu hanya peralihan.
Adakah rasa itu satu pelarian.

Semoga-moga ketetapan itu amat nyata.
Semoga-moga kcekalan berkekalan jua.
-AMeeN-