Dunia baru ini,
memberi seribu ketenangan dan kebahagian
tenang melalui kekalutan pentas dunia lama
bahagia dengan merasai cinta baru yang setia.
Aku masih berseorangan di dunia baruku ini
berkelana memulakan langkah-langkah kecil
aku masih lagi mencari-cari arah
masih berusaha mencari tempat berteduh.
(keseorangan hanya pada mata kasar
namun sebenarnya sudah ada Peneman yang setia
Peneman yang tidak akan pernah meninngalkan ku
Peneman yang mendengar semua keluh kesahku
Peneman yang akan selalu menghulurkan kekuatan padaku)
Aku masih berharap dengan sepenuh keyakinan
moga aku akan menemui pembimbing sebenar
yang akan bersama-sama meneruskan perjuangan
kerana sesungguhnya perjuangan di dunia yang baru
juga menuntut sebuah jiwa dan iman yang kental.
Kuat keyakinan kepada Allah;insyaallah akan ada pembimbing nanti...kekadang harapan dan cita-cita ditangguhkan sementara bagi menguji sejauhmana kesabaran para hambanya
ReplyDeleteterima kasih. semoga Tuhan merahmati anda.
ReplyDelete