hidup mati hanya untuk MU

hidup mati hanya untuk MU

Friday, June 5, 2015

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah
segalanya baik-baik sahaja
baik-baik sekarang
baik-baik akan datang
tapis emosi makin kental
walaupun, yang lalu acapkali cuba muncul

Alhamdulillah
dunia makin indah
dengan doa
bersama Tuhan
takkan terbanding
dan, "mereka" itu makin dipandang kecil

Alhamdulillah
dengan umur ini
banyak renung
banyak timbang
banyak juga syukur
jadi, makin banyak bahagia datang

Alhamdulillah
doa yang baik-baik
pandang yang baik-baik
tidak kan sia-sia
yang telah dan akan datang
semua dari Tuhan
pastinya, baik-baik sahaja

Alhamdulillah
Tuhan kan selalu ada
di uratnadi
di salur darah
di setiap saraf
akhir sekali, di qolbu hati.

ASSALAMUALAIKUM BAHAGIA
AHLAN WASAHLAN KASIH SAYANG TUHAN

***senyumterindah***




Tuesday, June 17, 2014

hanya mimpi

....dan saya tidak mahu bermimpi lagi
semoga mimpi-mimpi itu tidak akan pernah singgah di hati saya sampai bila-bila.
Tuhan tolong saya.
TITIK NOKTAH.

Sunday, April 20, 2014

Dia Datang

Dia datang dengan sebuah harapan
Harapan yang masih sama
Sama dengan impianku sekian lama
Hati berbunga tapi sekejap cuma

Resah, takut dan rasa berdosa
Harapan itu masih dengan situasi yang sama
Bagaimana untuk terus rasa berbahagia
Jika dihujungnya harapan itu kekal berair mata

Moga Tuhan ampuni aku yang penuh dosa
Jika huluran darinya tak mampu kuterima
Tidak pasti ia anugerah atau ujian semata
Terpaksa ku lepaskan walau hati kembali derita.

Hari di Umur Baru


Melepasi hari di umur baru, tiba-tiba muncul satu rasa
Ingin di ucap selamat, tapi hasilnya kosong...TIADA.

Turun naik perasaan seketika
Bercampur baur emosi yang ada
Lama juga baru muncul rasa redha
Mujur masih ada iman di dada.

Bukan salah sesiapa
Puncanya dari diri yang terbiasa
Tak gemar dan tak suka di sapa
Akhirnya terperosok di hujung rasa.

Sedih dan terkesima
Rupanya begini rasa duka
Sungguh tak sangka
Rasa itu muncul tak dijangka.

Diri menyangka hati gigih seperti biasa
Tidak akan tergoyah walau tidak disapa
Rupanya tidak begitu tika hati diduga
Moga berlalu rasa itu seberapa segera.




Thursday, July 11, 2013

Ujian-ujian rindu dari NYA

Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji-pujian untuk Tuhan pencipta alam
Selawat dan salam kepada kekasih Allah yang satu.

Berat rasa hati dengan beban rindu.
Beban rindu pada NYA dan kekasihNYA, dalam perjalanan menuju Tuhan yang satu
Beban rindu pada bonda yang telah lima tahun kembali pada penciptanya
Beban rindu pada ayahanda yang baru seminggu pergi untuk bertemu dengan Nya
...juga beban rindu pada sidia yang belum halal....

Terbeban dengan rindu-rindu yang tak terungkap.
Tak terluah dengan kata-kata.
Tak mampu nak luah pada sesiapa.

Semoga ramadhan ini menjadi pengubat pada ujian-ujian rindu ini....
Alhamdulillah syukur pada Tuhan, menghulurkan ujian-ujian rindu ini disaat munculnya ramadhan.
Ramadhan penghapus lelah dan penghulur kerehatan, pada jiwa yang terbeban dengan rindu yang tak kesampaian.

Saturday, November 3, 2012

Butir Bicara 3

Butir Bicara Dari Seorang Hamba

Benar,
jasad yang aku cintai telah kembali,
meninggalkan aku dalam kerinduan...

Benar,
jasad yang aku rindui telah bersemadi,
meninggalkan aku dalam kesayuan...

Benar sekali,
cintamu meninggalkan kebahagiaan dan kesakitan.

Dan...

Benar yang pasti,
pergimu dengan penantian yang abadi di sana.

Butir Bicara 2

Butir Bicara Abul Muzhaff ar Al-Abyurdi

Masa telah melemparkanku kepada malapetaka

hingga hatiku terasa bagai tertikam anak panah

Hancur lebur hatiku hingga berkeping-keping

Saat anak panah itu menghujam ke dadaku

Tidak pernah kuingat lagi bencana itu

Kerana bagiku semua itu tidak bermanfaat.