Ingin sekali meletakkan harapan itu di hati. Tapi, cerita-cerita lepas menyebabkan aku teragak-agak. Takut. Takut sekali jika harapan bersilih ganti dengan kecewa. Dalaman ku tidak sekuat luaran. Aku tidak sekuat disangka.
Sekilas bayangan yang lalu di depan mata sahaja sudah cukup membuatkan aku berminggu-minggu kesedihan. Hidup ku akan kucar-kacir. Perasaan tersekat. Gejolak dari dalam yang aku cuba benamkan sekian lama akan menerobos pintu hati. Keluar membelenggu fikiran. Minda positif akan kalah. Neuron-neuron negatif akan menang. Saat-saat begitu yang aku tidak suka. Begitu sukar untuk aku kembali pulih. Mengambil banyak masa yang sepatutnya boleh di isi dengan produktif. Menuntut banyak kudrat untuk aku bangkit kembali. Saat-saat sebelum pulih seperti itu amat menyeksakan. Amat menyesakkan hati dan fikiran.
Dan pastinya hanya keyakinan jitu pada NYA serta zikurullah akan membantu ku merangkak untuk berjalan kembali. Aku adalah hamba Nya yang terpilih untuk melalui semua itu. Begitu besar rahmat NYA.
Itulah sebabnya aku begitu takut untuk meletakkan rasa itu di tempatnya. Ketidakpastian begitu besar. Ia melebihi keyakinan ku pada diri.
Jadi bagaimana?
No comments:
Post a Comment