hidup mati hanya untuk MU

hidup mati hanya untuk MU

Sunday, February 13, 2011

Aku perlu lupakan

Aku perlu lupakan untuk hatiku. Aku tidak perlu terbawa-bawa dengan perasaan. Tidak perlu sama-sekali mengikut kata hati. Perlu kalah untuk kemudiannya menang. Tak guna. Tidak perlu. Biar DIA saja yang menentukan yang terbaik buatku.PERLU YAKINI ITU.

...............................Kiranya ini yang terakhir buatmu................................
Adakah ia benar. Adakah ini perancangan yang maha mengetahui. Banyak kebetulannya. Atau...aku yang mencari kesamaan. Dia biasa-biasa sahaja. Tidak lebih tidak juga kurang.Sederhana di dalam banyak hal. Sama seperti ku? (hmmmm...tiba-tiba hati ku tersengih...perasaan kah atau perasan).

Selamat tinggal "singgah hatiku". Terima kasih kerana berjaya membuatkan aku tersenyum sorang-sorang. Kamu tidak perlu singgah lama-lama di kotak hatiku. Tidak perlu juga datang cuba mengetuk pintu hatiku. Jangan juga cuba memberi salam buatku. Cukuplah lalu saja di hadapan. Selepas ini, aku juga tidak akan memandang mu lagi, itu yang terbaik buatku.

Untuk pengetahuan mu. Hati ku ini terlalu rapuh. Selalunya goyah. Jadi sememangnya aku perlu selalu membina tembok batu yang keras dan pejal agar nanti jika aku jatuh, aku tidak akan terus hancur lebur. Kalau boleh retak sedikit pun aku tidak ingin. Akan ku tatang hatiku bagai minyak yang penuh. Aku perlu mencintai hati dan diriku. Lagipun, siapa lagi yang boleh mencintaiku kecuali diri sendiri.
..............................................tamat................................................................

Ya ALLAH cukuplah hanya ENGKAU di hatiku dan bukan yang lain. Mungkin kah ini ujian MU Ya Tuhanku. Menguji keikhlasan hatiku meletakkan hanya ENGKAU di hatiku. Satu ujian buatku adakah kasih sayang manusia juga yang aku pilih berbanding kasih sayang MU. Bisikan-bisikan kelalaian akan selalu singgah di pinggir hati. Ampunkan hambaMU ini Ya Tuhan atas kelalaian ku ini. Beri lah peringatan buatku wahai Tuhan. Aku ini lemah. Perlu peringatan. Perlu juga bimbingan. Astaghfirullahalazim.

No comments:

Post a Comment