Hari ini 15 ramadhan….
Berdoa semoga Tuhan kurniakan kesempatan berjumpa lailatul qadar
Berdoa semoga berkesempatan berpuasa sehingga ke akhir ramadhan
Sungguh sayu memikirkan ramadhan bakal berakhir…
Sungguh sayu memikirkan perjuangan sepanjang 15 ramadhan ini
Sungguh benarlah kata-kata bahawa ramadhan itu satu perjuangan.
Bukan calang berjuang melawan diri sendiri
Bukan calang berjuang untuk memenuhkan hati dengan nama Tuhan
Bukan calang berjuang untuk bangun malam
dan bukan calangnya untuk membersihkan hati yang sekian lamanya berkarat
Adakalanya berjaya, dan banyak kalinya gagal dan jatuh tersungkur.
Hujan lebat diluar, kabur bukit bukau
Selebat hujan di hati, sekabur pandangan di mata
Adakah peluang berjumpa lagi dengan ramadhan akan datang…
Sungguhlah aku tidak layak untuk berhari raya
Jika perjuangan 15 ramadhan terakhir juga tidak berjaya.
No comments:
Post a Comment