Kata orang, lelaki itu memandang kecantikan. Semulajadinya sifat lelaki memandang kecantikan. Ye lah...nafsu mereka sembilan banyaknya dan akal cuma satu....Itulah fitrah kejadian kaum adam ciptaan Tuhan.
Aku percaya tentang itu...satu persepsi di mataku. Tapi sesekali akalku cuba menidakkan. Aku masih cuba mencari positif...kata hati ku ..."tidak semua lelaki begitu...masih ramai yang memandang ikhlasnya hati budi..."
Di setiap perjalanan langkah ku...aku masih cuba mengubah persepsiku sendiri...cuba mencari bukti bahawa persepsi kusalah...cuba untuk tidak lagi berprasangka...cuba untuk membuktikan diri sendiri salah...
Jauhnya perjalananku...sudah letih pencarianku...hampir lelah untuk mencari sekeping hati yang ikhlas...tidak kujumpa hingga kini. Seringkalinya adam masih begitu...begitu juga...emmmm...
Aku harus berhenti...berhenti mencari bukti...bukan salah adam...memang adam dilahirkan begitu....sukar untuk diubah dan aku kini menerima kenyataan itu dengan penuh keterbukaan. Kerna itu, jangan aku dipersalahkan jika aku maih mempunyai persepsi itu...hehehe
Namun keyakinan padaNYa masih jitu...pasti ada seorang adam yang diciptaNya dengan hati yang putih bersih, seorang adam yang walaupun akalnya cuma satu tapi meletakkan akal diatas sembilan nafsunya. ADA...ITU KUYAKINI....tapi itu cuma satu dalam sejuta...moga-moga DIA mempekenankan aku terjumpa dengan seorang adam itu.
I'm not prejudice...don't even dare to say that i'm emotionally distracted.
I beieve in my perception...my judgement. I definitely believe in my own way of thinking. :) :-)
No comments:
Post a Comment