hidup mati hanya untuk MU

hidup mati hanya untuk MU

Tuesday, June 17, 2014

hanya mimpi

....dan saya tidak mahu bermimpi lagi
semoga mimpi-mimpi itu tidak akan pernah singgah di hati saya sampai bila-bila.
Tuhan tolong saya.
TITIK NOKTAH.

Sunday, April 20, 2014

Dia Datang

Dia datang dengan sebuah harapan
Harapan yang masih sama
Sama dengan impianku sekian lama
Hati berbunga tapi sekejap cuma

Resah, takut dan rasa berdosa
Harapan itu masih dengan situasi yang sama
Bagaimana untuk terus rasa berbahagia
Jika dihujungnya harapan itu kekal berair mata

Moga Tuhan ampuni aku yang penuh dosa
Jika huluran darinya tak mampu kuterima
Tidak pasti ia anugerah atau ujian semata
Terpaksa ku lepaskan walau hati kembali derita.

Hari di Umur Baru


Melepasi hari di umur baru, tiba-tiba muncul satu rasa
Ingin di ucap selamat, tapi hasilnya kosong...TIADA.

Turun naik perasaan seketika
Bercampur baur emosi yang ada
Lama juga baru muncul rasa redha
Mujur masih ada iman di dada.

Bukan salah sesiapa
Puncanya dari diri yang terbiasa
Tak gemar dan tak suka di sapa
Akhirnya terperosok di hujung rasa.

Sedih dan terkesima
Rupanya begini rasa duka
Sungguh tak sangka
Rasa itu muncul tak dijangka.

Diri menyangka hati gigih seperti biasa
Tidak akan tergoyah walau tidak disapa
Rupanya tidak begitu tika hati diduga
Moga berlalu rasa itu seberapa segera.