biarkan Dia merancang sebaik-baik perancangan
kerana Dia lebih mengetahui mengatasi segala pengetahuan
biarkan yang indah berlaku mengikut aturanNya
kerana yang tertulis pasti menjadi seperti kehendakNya
biarkan yang maha Agung mengatur satu persatu
kerana aku hambaNya tidak sekelumit hadir rasa ragu
hidup mati hanya untuk MU
Monday, January 30, 2012
Wednesday, January 11, 2012
doa
kental hatinya menunggu bicara
penuh dengan sifatnya hamba
menunggu jawapan sebuah doa
letakkan harapan dan impian
pada tempatNYA yang suci terjaga
menenangkan sebuah kekalutan
melenyapkan jiwa yang kekusutan
hari-hari menanti saatnya tiba
saat rindu untuk kembali berbicara
luahan sebuah pasrah penuh rasa
di akhirnya ketenangan buat jiwa berdosa.
penuh dengan sifatnya hamba
menunggu jawapan sebuah doa
letakkan harapan dan impian
pada tempatNYA yang suci terjaga
menenangkan sebuah kekalutan
melenyapkan jiwa yang kekusutan
hari-hari menanti saatnya tiba
saat rindu untuk kembali berbicara
luahan sebuah pasrah penuh rasa
di akhirnya ketenangan buat jiwa berdosa.
makna hidup
apakah makna hidup?
jika setiap masa berdetik
hanya tentang dunia
dunia?
fananya dunia
melekakan sebuah jiwa yang haus
kehausan?
kerana buta
buta mata tak nampak dahan berpaut
tak berpaut?
bagaimana mencapai pautan
andai hati ditutup dunia semata.
Jadi,maknanya hidup?
ada pada ampunan dan rahmat dariNYA.
jika setiap masa berdetik
hanya tentang dunia
dunia?
fananya dunia
melekakan sebuah jiwa yang haus
kehausan?
kerana buta
buta mata tak nampak dahan berpaut
tak berpaut?
bagaimana mencapai pautan
andai hati ditutup dunia semata.
Jadi,maknanya hidup?
ada pada ampunan dan rahmat dariNYA.
Subscribe to:
Posts (Atom)